anak2 murid

Thursday, February 18, 2010

Karnival Jom Heboh 2010 Ke Pantai Timur

Jika Anugerah Juara Lagu sudah masuk tahun ke-25, mungkinkah Karnival Jom Heboh akan terus mekar hingga 25 tahun akan datang? Melihat pada pencapaiannya sehingga hari ini, tidak mustahil ia menjadi kenyataan untuk terus dihidangkan kepada rakyat Malaysia selama mana mungkin ianya diterima.

Karnival skala besar anjuran TV3 ini sudah memasuki tahun ke-8 penganjurannya dan telah menarik hampir jutaan pengunjung, tidak kira dari dalam mahupun luar negara.

Bermula dengan Sure Heboh, ianya berkembang dari sebuah konsep tapak ekspo/pameran dan gelanggang hiburan sehingga kini, dimana ianya dikenali sebagai Jom Heboh yang menitikberatkan konsep kekeluargaan dan ilmiah.

Untuk tahun 2010 akan memperlihatkan Jom Heboh dengan wadah, improvisasi dan wajah baru. Paling utama ialah mengadakan karnival ini di lokasi-lokasi yang belum pernah dikunjungi - tahun ini, buat pertama kalinya Jom Heboh bertandang ke Terengganu dan Kelantan - serta pemfokusan terhadap kekeluargaan dan aktiviti permainan.

Di setiap lokasi yang dilawati, Jom Heboh akan mengadakan aktiviti amal dengan lawatan ke rumah-rumah kebajikan dengan menceriakan penghuni rumah tersebut. Lokasi-lokasi Jom Heboh tahun ini, selain Terengganu dan Kelantan, ialah Kuala Lumpur, Johor, Perlis, Pahang, Sarawak dan Perak.

Beberapa gerai kendalian TV3 juga akan diberi nafas dan nama baru dalam menyuntik semangat kepada orang ramai. Tahun ini juga gerai Berita TV3 muncul kembali dengan pelbagai keistimewaan, antaranya ujibakat pembaca berita selain dapat beramah mesra dengan penyampai berita.

Lokasi pertama Jom Heboh akan diadakan di Perkarangan Stadium Bukit Jalil pada 27 dan 28 Februari ini bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang. Konsert Jom Heboh Bukit Jalil akan menampilkan artis terkenal seperti Black & Meet Uncle Hussain, Kumpulan Pesawat, Jaclyn Victor, Mas Idayu dan Juara MyStarz LG 3, Tom.

ps: moh la kite ramai2 meriahkn jom heboh ek !!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK