anak2 murid

Thursday, February 18, 2010

Peserta Idola Kecil 2 Ceburi Bidang Lakonan

Setelah membuktikan bakat mereka di dalam nyanyian, kini para peserta 'Idola Kecil 2' mencuba pula nasib di dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri tiga episod, 'Misteri Rumah Tua'.

Drama ini dibintangi Dayana (Siti Amirah Dayana Bt. Mohd Amerullah), Azzam (Muhammad Azzammuddin B. Lop Hisham), Arill (Muhamad Fhazrill B. Fesol), Maulud (Mohd Farid B. Mohd Azmi), Ain (Zur’Ain Bt Abd Rahim), Fienaz (Syafienaz Shari), Tasha (Nurul Natasha Bt. Jaffri), Nurul (Nurul Ain Sollehah), Jiha (Noranajihah Yunus) dan Sam (Khor Bin Sam).

Penggambaran diadakan di sekitar Hulu Pangsun, Hulu Selangor bermula 12 hingga 21 Februari, dan drama ini akan disiarkan di TV9 ketika cuti sekolah pada 15 - 17 Mac, jam 7 malam.

Adik-adik 'Idola Kecil 2' akan bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Illya (Senario) yang melakonkan watak sebagai bapa tiri Dayana dan Arill, serta Fizz Fairuz sebagai bapa Azzam.

Kisah ini bermula apabila Azzam, yang baru kematian ibu, selalu bermimpi ngeri, di mana dia bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan berpakaian serba putih.

Apabila Azzam menceritakan mimpinya itu kepada bapanya, dia disangka masih trauma atas kehilangan ibu tersayang dan dibawa pulang ke kampung untuk berehat. Di kampung, Azzam terlihat rumah usang yang sering muncul di dalam mimpinya. Dengan bantuan sepupu dan rakan-rakan, Azzam mendapati rumah itu didiami seorang lelaki yang tidak pernah bercampur dengan jiran tetangganya.

Sikap ingin tahu Azzam berlipat ganda apabila dia melihat kelibat seorang budak perempuan di hadapan rumah itu yang mirip gadis di dalam mimpinya. Misteri mimpinya bertambah apabila budak perempuan tersebut menangis dan meminta Azzam menyelamatkannya.

kalau anda nk tau endingnye cmne..jomlah kite tgk cite nih.elly pn nk tengok gak .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK