anak2 murid

Thursday, February 18, 2010


Seminggu dua ini, apa yang paling panas di dalam dunia hiburan kita sudah tentulah kisah persengketaan di antara pelakon kacak Fahrin Ahmad dengan dua orang bekas kekasihnya, Linda Onn dan Scha Al-Yahya.

Apa tidaknya, kes saman-menyaman di antara Fahrin dan Linda akan berlanjutan di mahkamah, dan ELLY percaya pasti banyak lagi cerita 'menarik' bakal didedahkan.

Namun, di sebalik keghairahan pihak media mendapatkan cerita panas daripada mereka bertiga, rupa-rupanya terdapat ramai peminat yang mula bosan dengan kisah cinta tidak kesampaian itu.

"Masa bercinta aku tengok sangatlah bahagia. Bila ditanya kenapa mereka suka dengan Fahrin, macam-macam jawapan yang aku dengar. Bertanggungjawablah, berimanlah, kuat sembahyanglah, hormat orang tualah dan macam-macam lagi yang baiklah.

"Tapi bila dah putus, mulalah keluar cerita panas baranlah, samsenglah dan kaki pukul. Aku betul-betul meluat dan bosan dengan cerita macam ni. Aku bukannya penyokong Fahrin, tapi aku rasa apa yang berlaku sekarang ni sangatlah tidak manis.

"Patutnya bila dah putus, masing-masing berdiam diri dan jangan buka keaiban bekas kekasih. Akhirnya, terpaksa selesaikan masalah di mahkamah. Dan aku tak fikir mahkamah merupakan tempat terbaik untuk menyelesaikan segala persengketaan," ujar salah seorang peminat panjang lebar.

Bila ELLY fikirkan kembali, memang ada betulnya apa yang dikatakan oleh peminat tadi. Iyalah, industri hiburan kita ni kecil sahaja. Bila-bila masa boleh bertemu. Tapi bila bertemu, masing-masing buat gaya ala-ala profesional. Tapi hakikatnya sangatlah tidak profesional apabila masing-masing cuba lari daripada bertemu atau digandingkan dalam satu sesi fotografi. Itulah cerita artis Malaysia.


Ekoran gossip yang mengatakan Linda Onn membelakangkan dan meninggalkan aktres muda (Scha Al-Yahya) ketika diminta bergambar bersama. Linda Onn hanya menjawab “Kalau boleh Linda tidak mahu komen apa-apa tentang hal tersebut.”

Namun begitu, tidak lengkap sekiranya kita mendengar penjelasan satu pihak sahaja. Kata orang, lebih baik sekiranya kedua-dua pihak tampil menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Jika Linda lebih senang dengan mengambil langkah selamat untuk tidak mahu mengulas lanjut, namun bagi pendatang baru dan bekas pemenang pencarian Dewi Remaja tahun 2008, Scha ada jawapan tersendiri.

S1: Apa sebenarnya yang berlaku?
Scha: Ketika mula-mula masuk ke tempat tersebut untuk makan, ada rakan media yang memanggil saya untuk bergambar. Saya tanya dengan siapa, dan mereka jawab Linda. Saya pun seronok dan tunggu.

S2: Kemudian apa yang jadi?
Scha: Ikutkan pose pertama kami sekadar percubaan daripada jurugambar tersebut. Tetapi, apabila diminta untuk mengulanginya, Linda terus pergi.

S3: Apa reaksi kamu?
Scha: Saya terus terkejut dan tergamam. Hati saya terus berkata, kenapa dan apa salah saya. Ketika itu muka saya merah dan malu sangat.

S4: Apa yang kamu fikirkan ketika itu?
Scha: Saya tidak fikir bukan-bukan cuma mungkin ketika itu dia perlu bergegas untuk ditemuramah. Tidak fikir lain pun.

S5: Sebenarnya hubungan kamu dan Linda macammana?
Scha: Terus terang saya katakan antara saya dan Linda memang tidak ada apa-apa. Apabila jumpa dengannya, saya akan salam dan kami akan sembang. Kami baik dan tidak seperti yang diceritakan selama ini. Buat apa mahu cari pasal dengan orang yang tidak pernah buat salah pada kita?

S6:Tetapi harus ada insiden sedemikian?
Scha:Tak tahu nak cakap apa. Mungkin juga ada yang dengkikan kami berdua. Maka, pihak tersebut dengan beraninya mengeluarkan kenyataan tentang kami berdua dan katakan macam-macam.

S7: Tidakkah kamu terasa?
Scha: Pada saya, tidak perlu fikirkan benda ini panjang-panjang. Saya lebih senang berfikir secara positif. Asal sahaja tidak membebankan saya, saya tidak ada masalah.Lebih senang mengambil sikap fikirkan masalah sendiri daripada fikir masalah orang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK