anak2 murid

Monday, May 10, 2010

Adamaya – Akasia TV3 ; Kisah Cinta Tiga Segi & Perkahwinan aturan Keluarga

Siapa tengok drama queen baru dalam slot Akasia TV3 jam 6.30 –7.30 pm?

Aku baru jer berpeluang nak tengok drama queen Adamaya ni petang tadi..kiranya episod ke-2 laa… Cerita ni adalah cerita yang menggantikan slot Akasia TV3 ni selepas Na O Mei yang ending dia sangat kelakar dengan kad yang besar, men print2 jer..kalo lukis potret ke apa ke, besh laa jugak.... Saja nak buat Na O Mei 2 laa tu kan…Taktik bisnes betul!!

Apa pulak kisah dalam drama Adamaya ni??

Drama Adamaya mempunyai 23 episod sahaja yang di adaptasikan dari Filem popular iaitu “I’m Not Single” (lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil, diarahkan oleh Pierre Andre) keluaran Metrowealth International Group (MIG) ,syarikat yang dimiliki oleh penerbit terkenal David Teo. Drama arahan Feroz Kadir ini diteraju oleh Hussein Ruffedge sebagai Adam dan Lisa Surihani sebagai Maya..so dari situlah timbulnya Adamaya tu…

ADAM + MAYA = ADAMAYA

Pelakon-pelakon lain yang juga terlibat dalam drama ini juga ialah Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, dan ramai lagi.

Sinopsis Adamaya …

Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.

Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.

Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya.

p/s: nasib baik hero dia sein, bukan farid kamil, kalo tidak konpem aku xkuasa nak tengok…hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK