anak2 murid

Friday, September 17, 2010

Akhirnya Memey Sah Jadi Tunang Norman Hakim

KOTA TINGGI, 14 SEPTEMBER 2010: Kes mahkamah yang masih belum selesai sama sekali tidak menghalang pasangan Suhaiza Suhaimi atau Memey, 22 dan Mohd Nor Hakim Zaidon atau Norman Hakim, 34, mengikat tali pertunangan.

Malah, majlis pertunangan yang diadakan pada jam 5 petang tadi di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 turut membuktikan pasangan ini tidak mengendahkan padangan orang ramai yang mahukan mereka terus berkahwin tanpa bertunang.

"Pada mulanya, kami bercadang untuk mengadakan majlis merisik saja. Namun, selepas fikir masak-masak, kami sepakat untuk bertunang pada hari ini. Semua ini keputusan last minute. Saya pun buat persiapan sehari sebelum menyambut raya Aidilfitri. Terus-terang saya katakan, saya tak ada sentuh langsung gubahan pengantin hari ini. Saya cuma beli barang saja. Famili saya yang tolong uruskan," ujar Memey.

Meneruskan penjelasan, Memey menyatakan keputusan untuk bertunang ini dibuat semasa menyambut Ramadan.

"Masa minggu pertama menyambut puasa, abang Norman ada datang berbuka di rumah saya. Waktu itu, dia ada memberikan bayangan untuk bertunang. Kemudian, 2 minggu akhir puasa, saya pula datang berpuasa di kampung abang Norman di Kuantan, Pahang. Ketika di sinilah, kami rasa lebih baik kami bertunang. Selepas itu, barulah kami teruskan persiapan, " kata Memey.

Menyokong kata-kata tunangnya itu, Norman yang hadir selepas tamat majlis tunang berkata sememangnya dia terkejut dengan sokongan keluarga yang sangat merestui perhubungan mereka.

"Ya. Kami memang merancangan nak merisik saja. Namun, saya sebenarnya nak buat majlis merisik dan bertunang sekali. Kalau ikut perancangan saya, kami nak bertunang pada bulan puasa. Namun, bila difikirkan semula, keadaan keluarga yang tidak boleh nak bertandang pada bulan puasa, hajat saya untuk bertunang dengan Memey dibuat pada hari ini.

"Sesungguh, saya masih lagi tak tahu nak ikat berapa lama ikatan pertunangan ini. Kalau boleh saya nak buat majlis kahwin dengan secepat mungkin. Setakat ini pun, berapa wang hantaran untuk Memey masih belum terfikir dan terbayang lagi.

"Tarikh muktamad belum ada. Kami kena tunggu kata sepakat dari kedua-dua belah pihak. Saya kalau boleh nak ikut semua step by step. Saya nak ambil langkah yang tersusun. Kalau boleh saya nak buat seringkas yang mungkin dan bersederhana. Tak mahu bidan terjun," jelas Norman.

Majlis pertunangan ini termeterai dengan ibu Norman iaitu Kamariah Kamal , 68 yang telah menyarungkan sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian ke jari manis Memey. Pihak sebelah keluarga Norman telah memberikan 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran dari keluarga Memey.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK