anak2 murid

Friday, September 17, 2010

Nash Sedih,Terharu Sosilawati Sudah Tiada


KUALA LUMPUR, 14 SEPT 2010: Sedih bercampur terharu. Itulah perasaan vokalis kumpulan Lefthanded, Nash atau nama sebenarnya, Jamaludin Elias, 47, sebaik saja mendapat tahu kematian bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 yang juga pengasas serta pemilik empayar produk kecantikan Novelle Visages.

"Berita ini sungguh mengejutkan. Malah saya sendiri terharu dan begitu sedih dengan apa yang telah berlaku.

"Ketika ini hanya doa saja yang dapat mengiringinya termasuklah tiga mangsa yang lain yang turut ditimpa musibah yang sama.

"Semoga mereka dilindungi Allah," katanya.

Penyanyi lagu Ku Di Halaman Rindu ini juga berharap supaya kesemua enam anak Sosilawati itu akan tabah dan kuat menghadapi kenyataan bahawa ibu mereka sudah pun kembali ke rahmatullah.


Dia juga akan cuba menghubungi salah seorang anak Sosilawati bagi memberikan kata semangat dan berharap merela tabah berhadapan dengan dugaan ini.

"Saya berharap roh arwah akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kepada anak-anak, saya ucapkan takziah yang amat sangat," katanya.

Ditanya bagaimana dia mengetahui berita tersebut, Nash berkata, dia sentiasa mengikuti perkembangan tentang berita kehilangan Sosilawati sehingga membawa kepada penemuannya menerusi media massa.


Dalam sidang media yang diadakan pada Ahad yang lalu, pihak polis percaya Sosilawati telah dibunuh dengan kejamnya bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, serta peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Pihak polis juga telah menahan lapan suspek yang mempunyai hubung kait dengan kes kehilangan jutawan kosmetik tersebut sejak 12 hari yang lalu.

Hasil siasatan, polis telah memberkas seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun yang disyaki menjalni dalam utama merancang kes penculikan dan pembunuhan kejam Sosilawati dan 3 lagi mangsa.

Turut saja diberkas adalah adik peguam berstatus Datuk yang berusia 38 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zin berkata:
"Polis mengesan lokasi mangsa dipercayai dibunuh berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini, selepas menahan adik-beradik terbabit bersama 6 lagi suspek.

"5 suspek awal diberkas Jumaat lalu sebelum peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas pada Sabtu lalu. Polis turut menahan seorang remaja berusia 19 tahun yang turut dikaitkan dengan pembunuhan berkenaan," katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia 19 hingga 45 tahun berkenaan dikenal pasti bekerja dengan Datuk berkenaan termasuk ada di antara mereka bekerka di ladang tempat mangsa dibunuh.

"Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa di bawa ke ladang sebelum dibunuh dengan kejam. Ada kemungkinan mangsa di pukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu," katanya pada sidang media di Daerah Banting, pada Ahad lalu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK