anak2 murid

Saturday, November 20, 2010

Formulasi Untuk Remaja Dari Clean & Clear

KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2010: Persembahan bertenaga yang ditunjukan oleh kumpulan sorak remaja, Cheerleading Association and Register of Malaysia (Charm) ketika majlis pelancaran formulasi terbaru poduk kecantikan Clean & Clear diadakan baru-baru ini, sememangnya merembeskan keringat tidak terhingga.

Bagi golongan remaja, kehidupan aktif seumpama itu ada kalanya memberikan kesan sampingan ke pada raut wajah jika ianya tidak di cuci dan dijaga dengan sempurna. Apatah lagi bila wajah sentiasa berminyak.

Oleh yang demikian Clean & Clear menawarkan inovasi terkini iaitu teknologi penyerapan minyak sehingga 8 kali lebih berkesan supaya kulit tidak berminyak dan tidak berkilat untuk tempoh lebih yang lama.

Menerusi rangkaian terbaru Clean & Clear yang dikenali sebagai Deep Action, ianya hadir dengan formulasi baru yang mengandungi ekstrak istimewa daripada protein beras semulajadi.

Ditujukan khusus bagi pemilik kulit berminyak, kelebihan bahan ini dijamin kerana memiliki struktur unik dan mampu menyerap minyak daripada kulit sepanjang hari seolah-olah seperti span mikro.

Formulasi ini bertindak dengan menarik dan memerangkap sebum iaitu rembesan minyak daripada kulit lebih pantas dan tahan selama 8 jam.

Produk ini juga mengandungi enam mineral dan 18 asid amino untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Kebaikan lainnya termasuklah mencegah kerengsaan kulit dan menggalakkan keseimbangan antara air dan minyak pada kulit.

Berteraskan 4 teknologi terkini iaitu Angel Technology yang berkuasa melawan jerawat, Triclosan pula dapat membantu mencegah jerawat dan bahan anti-bakteria.

Teknologi Cherry Extract pula digunakan sebagai sumber Vitamin C semulajadi yang kaya dan bertindak sebagai pembersih kulit wajah dengan ciri-ciri pencerahan kulit dan diakhiri dengan teknologi formulasi minyak 8 kali lebih berkesan untuk menjadikan kulit bebas minyak selama 8 jam.

Saintis utama Clean & Clear, Keshan Gunasinghe dari Johnson & Johnson Asia Pacific Beauty Care Research & Development berkata, kekotoran mudah melekat pada kulit berminyak dan oleh kerana itu pentingnya rangkaian penjagaan kulit yang bertindak berkesan jauh ke dalam pori kulit wajah.

"Dari jerawat hinggalah ke kulit wajah berminyak dan berkilat yang tidak terkawal, zaman remaja penuh dengan masalah kulit. Tinggal berhampiran garisan Khatulistiwa dan kerap terdedah kepada pancaran UV boleh menambah tekanan kepada kulit remaja di Malaysia.

"Oleh yang demikian, mencari produk penjagaan kulit yang betul adalah penting untuk kulit yang baik. Anda boleh tahu yang kulit anda jenis berminyak sekiranya kulit anda menjadi berkilat dalam masa satu hingga dua jam selepas dibersihkan," katanya.

Selain rangkaian Deep Action, Clean & Clear juga mempunyai tiga lagi rangkaian produk yang dikenali sebagai Essentials, Active Clear dan Clear Fairness.

Essentials mengetengahkan pembersih buih, toner dan pelembap yang disarankan untuk kegunaan siang dan malam sebagai rutin harian terpenting buat remaja.

Manakala Active Clear dicipta bagi mengatasi dan mengawal pertumbuhan jerawat serta membantu pemulihan kulit. Diikuti Clear Fairness sesuai bagi mereka yang mahukan tona kulit sekata yang menampilkan rangkaian lengkap bermula dari pencuci, pelembap hinggalah ke bedak muka.

Formulasi terbaru Clean & Clear boleh diperolehi pada harga berpatutan iaitu serendah RM5.90 sehingga RM24.90.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK