anak2 murid

Thursday, February 18, 2010

nak dengar lagu .

jum terjah guamuzik

Kimura Takuya Diundi Jadi Jack Sparrow!


KL, 2 NOVEMBER 2009: Berita baik buat peminat filem lanun paling popular, Pirates of The Caribbean.Elly dapat tahu, filem ini akan memulakan penggambaran sekuelnya tidak lama lagi dijangka sekitar penghujung tahun ini atau selewat-lewatnya pada awal tahun depan. Tajuk bagi sambungan yang terbaru ini juga sudah pun ada iaitu On Stranger Tides.

Kali ini, penggambaran tersebut disahkan akan dibuat di Jepun pula. Oleh kerana Jepun dipilih sebagai lokasi shooting, Elly diberitahu sebuah portal di bawah kelolaan Tsutaya Online telah membuat kajian dengan menggadakan satu survey yang berbunyi "Jika watak Jack Sparrow dipegang aktor Jepun, siapa yang paling layak melakonkannya?"

Dan selepas habis ia dijalankan, akhirnya pelakon popular Jepun, Kimura Takuya dinobatkan sebagai calon yang paling digemari dan layak! Elly difahamkan Kimura layak disebabkan dia yang dilabel sebagai aktor seksi selain personalitinya cukup sesuai dengan peranan itu.

Bakat Kimura mula dipandang diminat di Jepun selepas dia menyertai filem 2046 dan I Come With The Rain. Selepas Kimura, Odagiri Joe menyusul berada di tangga kedua disebabkan auranya yang tidak kurang hebat.

Berikut adalah senarai calon mengikut ranking.

1. Kimura Takuya
2. Odagiri Joe
3. Matsumoto Jun
4. Matsuyama Kenichi
5. Hiroshi
6. Karasawa Toshiaki
7. Mikami Hiroshi
8. Fukuyama Masaharu
9. Mizushima Hiro
10. Tamaki Hiroshi

ELLEYAYAH: Kalau untuk kategori Malaysia, siapa pula 5 calon pilihan anda untuk lanun seksi?

Estee Lauder CyberWhite EX Contest

jum kite ramai2 join contest kt murai.com.my nih.

atau klik je kat link nih .

Estee Lauder CyberWhite EX Contest

RL4: Penonton Terkencing Dalam Seluar


KL, 18 FEB 2010: Elly pasti, ramai yang mungkin terbeliak apabila membaca tajuk di atas. Tapi itulah hakikat yang berlaku sewaktu Gelanggang Raja Lawak Musim Ke-4 (RL4) berlangsung secara live di Studio 1, Astro baru-baru ini.

Cerita ini diberitahu sendiri oleh salah seorang teman Elly yang berada di situ yang telah melihat kejadian itu dengan mata dan kepalanya sendirinya. Awalnya, Elly sangka , penonton yang terkencing dalam seluar itu adalah budak kecik. Tapi, rupa-rupanya, si penonton yang bernasib malang tu adalah perempuan seksi, cun lagi serta glamour mengalahkan artis.

Kata teman Elly, sewaktu kejadian itu berlaku, beberapa krew di belakang studio sudah mula kecoh bila terdengar bunyi beberapa titisan air sudah mual keluar macam pili paip. Puaslah mereka dari mana datangnya punca titisan air tersebut.

Tapi, ia kedengaran cukup jelas datang berhampiran dengan tempat duduk si perempuan itu tadi. Pada masa itulah teman Elly nampak air tu keluar betul-betul di bawah kerusi perempuan tu. Nak kata air minuman yang tertumpah, takkanlah minah tu tak peerasan atau sedar. Kalau air tertumpah sekalipun mestilah dia bangun ataupun lap-lapkan seluarnya. Ni tak, masa tu dia buat muka selamba je, macam tak ada apa yang berlaku.


Krew-krew kat belakang studio tu memang dah agak ada orang terkencing, tapi diorang tak nak bising-bising. Nanti kesian pulak kat penonton tu.Bila habis je program, si perempuan tu tunggu sampai beberapa orang di sebelahnya keluar dahulu.

Teman Elly tadi pun tunggu. Sebab dia ingin dapatkan kepastian. Akhirnya bila si perempuan itu sudah blah, dia nampak sendiri yang lantai dan kerusi yang diduduki perempuan tu memang basah. Macam pegawai penyiasat pulak si teman Elly ni, nasib baik tak di ciumnya air tu.

Elly pasti, ada sebab mengapa perempuan tu terkencing dalam seluar. Kalau tak mengidap penyakit yang menyebabkan kencing tak terasa, mungkin masa tu dia dah tak tahan sangat agaknya. Maklumlah, masa Gelanggang Rl4 berlangsung, penonton sudah diberitahu yang mereka tidak boleh keluar.

Alasan kukuh juga, mungkin sebab perempuan tu tak tahan dengan lawak peserta Raja Lawak musim ini. Kelakar sampai terkencing dibuatnya.

Apa-apa pun Elly nasihatkan kepada semua penonton agar kencing dahulu sebelum masuk studio. Kalau tak tahan sangat bagi tahu krew-krew yang bertugas. Elly percaya diorang taklah zalim sangat sampai tak nak bagi penonton keluar.

Peserta Idola Kecil 2 Ceburi Bidang Lakonan

Setelah membuktikan bakat mereka di dalam nyanyian, kini para peserta 'Idola Kecil 2' mencuba pula nasib di dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri tiga episod, 'Misteri Rumah Tua'.

Drama ini dibintangi Dayana (Siti Amirah Dayana Bt. Mohd Amerullah), Azzam (Muhammad Azzammuddin B. Lop Hisham), Arill (Muhamad Fhazrill B. Fesol), Maulud (Mohd Farid B. Mohd Azmi), Ain (Zur’Ain Bt Abd Rahim), Fienaz (Syafienaz Shari), Tasha (Nurul Natasha Bt. Jaffri), Nurul (Nurul Ain Sollehah), Jiha (Noranajihah Yunus) dan Sam (Khor Bin Sam).

Penggambaran diadakan di sekitar Hulu Pangsun, Hulu Selangor bermula 12 hingga 21 Februari, dan drama ini akan disiarkan di TV9 ketika cuti sekolah pada 15 - 17 Mac, jam 7 malam.

Adik-adik 'Idola Kecil 2' akan bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Illya (Senario) yang melakonkan watak sebagai bapa tiri Dayana dan Arill, serta Fizz Fairuz sebagai bapa Azzam.

Kisah ini bermula apabila Azzam, yang baru kematian ibu, selalu bermimpi ngeri, di mana dia bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan berpakaian serba putih.

Apabila Azzam menceritakan mimpinya itu kepada bapanya, dia disangka masih trauma atas kehilangan ibu tersayang dan dibawa pulang ke kampung untuk berehat. Di kampung, Azzam terlihat rumah usang yang sering muncul di dalam mimpinya. Dengan bantuan sepupu dan rakan-rakan, Azzam mendapati rumah itu didiami seorang lelaki yang tidak pernah bercampur dengan jiran tetangganya.

Sikap ingin tahu Azzam berlipat ganda apabila dia melihat kelibat seorang budak perempuan di hadapan rumah itu yang mirip gadis di dalam mimpinya. Misteri mimpinya bertambah apabila budak perempuan tersebut menangis dan meminta Azzam menyelamatkannya.

kalau anda nk tau endingnye cmne..jomlah kite tgk cite nih.elly pn nk tengok gak .

9 Perkara Romantik Ketika Bercinta


Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama. Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.

Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina.

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.


happy valentine day ..

Karnival Jom Heboh 2010 Ke Pantai Timur

Jika Anugerah Juara Lagu sudah masuk tahun ke-25, mungkinkah Karnival Jom Heboh akan terus mekar hingga 25 tahun akan datang? Melihat pada pencapaiannya sehingga hari ini, tidak mustahil ia menjadi kenyataan untuk terus dihidangkan kepada rakyat Malaysia selama mana mungkin ianya diterima.

Karnival skala besar anjuran TV3 ini sudah memasuki tahun ke-8 penganjurannya dan telah menarik hampir jutaan pengunjung, tidak kira dari dalam mahupun luar negara.

Bermula dengan Sure Heboh, ianya berkembang dari sebuah konsep tapak ekspo/pameran dan gelanggang hiburan sehingga kini, dimana ianya dikenali sebagai Jom Heboh yang menitikberatkan konsep kekeluargaan dan ilmiah.

Untuk tahun 2010 akan memperlihatkan Jom Heboh dengan wadah, improvisasi dan wajah baru. Paling utama ialah mengadakan karnival ini di lokasi-lokasi yang belum pernah dikunjungi - tahun ini, buat pertama kalinya Jom Heboh bertandang ke Terengganu dan Kelantan - serta pemfokusan terhadap kekeluargaan dan aktiviti permainan.

Di setiap lokasi yang dilawati, Jom Heboh akan mengadakan aktiviti amal dengan lawatan ke rumah-rumah kebajikan dengan menceriakan penghuni rumah tersebut. Lokasi-lokasi Jom Heboh tahun ini, selain Terengganu dan Kelantan, ialah Kuala Lumpur, Johor, Perlis, Pahang, Sarawak dan Perak.

Beberapa gerai kendalian TV3 juga akan diberi nafas dan nama baru dalam menyuntik semangat kepada orang ramai. Tahun ini juga gerai Berita TV3 muncul kembali dengan pelbagai keistimewaan, antaranya ujibakat pembaca berita selain dapat beramah mesra dengan penyampai berita.

Lokasi pertama Jom Heboh akan diadakan di Perkarangan Stadium Bukit Jalil pada 27 dan 28 Februari ini bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang. Konsert Jom Heboh Bukit Jalil akan menampilkan artis terkenal seperti Black & Meet Uncle Hussain, Kumpulan Pesawat, Jaclyn Victor, Mas Idayu dan Juara MyStarz LG 3, Tom.

ps: moh la kite ramai2 meriahkn jom heboh ek !!

LAGI-LAGI TUDUNG siti ...


Pada tarikh 26 April 2008, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman di satu sidang akhbar eksklusif bahawa beliau akan mengekalkan imej berselendang iaitu menutup sebahagian daripada rambutnya dan bukannya bertudung. Menurut Siti, “Siti bukanlah memakai tudung tetapi lebih kepada memakai seledang.”

“Soal bertudung ini, Siti sebenarnya ingin lakukannya secara perlahan-lahan. Siti masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penampilan baru ini,” tambah beliau ketika di sidang akhbar berkenaan.

Isu tudung di Malaysia ini merupakan satu topik yang sensitif kerana ianya bersangkut-paut dengan tuntutan agama. Keikhlasan Siti dalam mengenakan selendang sering dipertikaikan para peminat yang inginkan Siti mengenakan tudung secara sempurna seperti Waheeda, Ekin, Azizah (TV3) dan Sheila Rusly sebagai contohnya.

Ditanya tentang wujudnya cakap-cakap orang yang tidak menggemari cara beliau mengenakan ‘tudungnya’, Siti mengambil sikap tidak ambil pusing. Katanya “Semua ini Siti lakukan bukanlah kerana sesiapa tetapi hanyalah kerana Allah.“

Masa beredar begitu pantas sekali dan kini sudah menghampiri setahun Siti muncul dengan imej berselendang. Ada ketika penggayaan selendang Siti menampakkan rambut dengan banyak sekali dan ada ketika hanya jambul yang ditonjolkan seperti kebanyakan wanita Iran. Di sepanjang tempoh ini, bertali arus komen dan pendapat yang diluahkan oleh warga Malaysia tentang imej yang dipertontonkan Datuk Siti Nurhaliza.

Rata-rata ramai wanita dan lelaki yang tidak bersetuju dengan sikap “acuh tak acuh” Siti dalam mengenakan selendang atau tudung di kepala. Nampaknya majoriti masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan pendirian Siti untuk seolah-olah duduk di atas pagar, tidak mengenakan tudung pun bukan dan memakai tudung pun bukan. Mungkin Siti akan membuat keputusan muktamad dalam satu masa yang terdekat ini, siapa yang tahu?


Seminggu dua ini, apa yang paling panas di dalam dunia hiburan kita sudah tentulah kisah persengketaan di antara pelakon kacak Fahrin Ahmad dengan dua orang bekas kekasihnya, Linda Onn dan Scha Al-Yahya.

Apa tidaknya, kes saman-menyaman di antara Fahrin dan Linda akan berlanjutan di mahkamah, dan ELLY percaya pasti banyak lagi cerita 'menarik' bakal didedahkan.

Namun, di sebalik keghairahan pihak media mendapatkan cerita panas daripada mereka bertiga, rupa-rupanya terdapat ramai peminat yang mula bosan dengan kisah cinta tidak kesampaian itu.

"Masa bercinta aku tengok sangatlah bahagia. Bila ditanya kenapa mereka suka dengan Fahrin, macam-macam jawapan yang aku dengar. Bertanggungjawablah, berimanlah, kuat sembahyanglah, hormat orang tualah dan macam-macam lagi yang baiklah.

"Tapi bila dah putus, mulalah keluar cerita panas baranlah, samsenglah dan kaki pukul. Aku betul-betul meluat dan bosan dengan cerita macam ni. Aku bukannya penyokong Fahrin, tapi aku rasa apa yang berlaku sekarang ni sangatlah tidak manis.

"Patutnya bila dah putus, masing-masing berdiam diri dan jangan buka keaiban bekas kekasih. Akhirnya, terpaksa selesaikan masalah di mahkamah. Dan aku tak fikir mahkamah merupakan tempat terbaik untuk menyelesaikan segala persengketaan," ujar salah seorang peminat panjang lebar.

Bila ELLY fikirkan kembali, memang ada betulnya apa yang dikatakan oleh peminat tadi. Iyalah, industri hiburan kita ni kecil sahaja. Bila-bila masa boleh bertemu. Tapi bila bertemu, masing-masing buat gaya ala-ala profesional. Tapi hakikatnya sangatlah tidak profesional apabila masing-masing cuba lari daripada bertemu atau digandingkan dalam satu sesi fotografi. Itulah cerita artis Malaysia.


Ekoran gossip yang mengatakan Linda Onn membelakangkan dan meninggalkan aktres muda (Scha Al-Yahya) ketika diminta bergambar bersama. Linda Onn hanya menjawab “Kalau boleh Linda tidak mahu komen apa-apa tentang hal tersebut.”

Namun begitu, tidak lengkap sekiranya kita mendengar penjelasan satu pihak sahaja. Kata orang, lebih baik sekiranya kedua-dua pihak tampil menjelaskan apa sebenarnya berlaku. Jika Linda lebih senang dengan mengambil langkah selamat untuk tidak mahu mengulas lanjut, namun bagi pendatang baru dan bekas pemenang pencarian Dewi Remaja tahun 2008, Scha ada jawapan tersendiri.

S1: Apa sebenarnya yang berlaku?
Scha: Ketika mula-mula masuk ke tempat tersebut untuk makan, ada rakan media yang memanggil saya untuk bergambar. Saya tanya dengan siapa, dan mereka jawab Linda. Saya pun seronok dan tunggu.

S2: Kemudian apa yang jadi?
Scha: Ikutkan pose pertama kami sekadar percubaan daripada jurugambar tersebut. Tetapi, apabila diminta untuk mengulanginya, Linda terus pergi.

S3: Apa reaksi kamu?
Scha: Saya terus terkejut dan tergamam. Hati saya terus berkata, kenapa dan apa salah saya. Ketika itu muka saya merah dan malu sangat.

S4: Apa yang kamu fikirkan ketika itu?
Scha: Saya tidak fikir bukan-bukan cuma mungkin ketika itu dia perlu bergegas untuk ditemuramah. Tidak fikir lain pun.

S5: Sebenarnya hubungan kamu dan Linda macammana?
Scha: Terus terang saya katakan antara saya dan Linda memang tidak ada apa-apa. Apabila jumpa dengannya, saya akan salam dan kami akan sembang. Kami baik dan tidak seperti yang diceritakan selama ini. Buat apa mahu cari pasal dengan orang yang tidak pernah buat salah pada kita?

S6:Tetapi harus ada insiden sedemikian?
Scha:Tak tahu nak cakap apa. Mungkin juga ada yang dengkikan kami berdua. Maka, pihak tersebut dengan beraninya mengeluarkan kenyataan tentang kami berdua dan katakan macam-macam.

S7: Tidakkah kamu terasa?
Scha: Pada saya, tidak perlu fikirkan benda ini panjang-panjang. Saya lebih senang berfikir secara positif. Asal sahaja tidak membebankan saya, saya tidak ada masalah.Lebih senang mengambil sikap fikirkan masalah sendiri daripada fikir masalah orang lain.

Menjadi Popular

Satu perkara yang saya belajar (menerusi pemerhatian) daripada blogger-blogger popular adalah

Menulis Subjek Yang Unik atau Menulis Sesuatu Dengan Gaya Yang Unik

Sekiranya anda tidak dapat berbuat demikian, terimalah hakikat bahawa anda tidak akan menjadi blogger yang popular.

Baiklah, anda masih mahu menjadi blogger yang popular? Ikuti huraian saya di bawah.

Menulis Subjek Yang Unik

Pemilihan subjek adalah kritikal dan paling penting. Adalah sesuatu yang amat merugikan sekiranya anda menukar haluan blog anda dipertengahan jalan. Anda mungkin kehilangan pelawat sedia ada.

Cuba lihat blog-blog di sekeliling anda. Ada yang berkaitan masakan, ada yang berkaitan IT, ada yang berkaitan gadget terkini, ada yang berkaitan cari duit tambahan di internet, ada yang berkaitan penternakan dan berbagai-bagai lagi topik atau subjek yang dibincangkan.

Pilihlah subjek yang dapat anda tulis sekurang-kurangnya 1 minggu sekali. Jika tidak, anda akan mudah dihinggapi sindrom ‘writer’s block‘ iaitu keadaan di mana penulis tidak dapat menulis atau memulakan penulisan dalam tempoh yang sementara.

Tujuan menulis subjek yang unik adalah bagi memudahkan pemasaran blog anda. Pemasaran di sini adalah dari segi mulut ke mulut. Blog anda akan sentiasa diingati dengan 1 subjek sahaja. Dan pasti menjadi rujukan utama.

Ambil contoh, blog anda membuat ‘review’ setiap kereta buatan Proton. Subjek utama anda adalah ‘Kereta Buatan Proton’. Di dalamnya anda menulis tentang kereta-kereta yang dikeluarkan Proton, malah anda menguji setiap kereta keluaran Proton. Lebih baik lagi, anda melakukan tinjaun terhadap pengguna kereta Proton. Apakah hasilnya? Hasilnya, sesiapa yang mahukan maklumat tentang kereta Proton pasti tidak akan terlepas daripada melayari blog anda.

Menulis Sesuatu Dengan Gaya Yang Unik

Baiklah, jika sekiranya subjek yang anda selesa untuk menulis berupa subjek popular, misalnya Politik di Malaysia, maka gunakan gaya yang unik bagi menjadikan blog anda lebih popular berbanding saingan anda.

Blogger Raja Petra umpamanya, popular kerana hasil tulisan yang dilihat mampu mencabar kredibiliti pemerintah. Husin Lempoyang pula dengan gaya satira politik. Penarik Beca dengan gaya teguran tanpa tapis terhadap pemerintah mahupun pembangkang. Contoh-contoh blogger ini saya sebutkan kerana mereka ini popular melalui gaya mereka.

Anda juga boleh begitu. Antara subjek popular yang lain adalah mengenai selebriti di Malaysia. Tulislah dengan gaya yang unik sama ada anda memilih untuk memuji, menghentam mahupun membuat gossip. Tetapi haruslah diingat, tema yang ke arah positif lebih bertahan lama berbanding tema negatif seperti menghentam, menyindir dan membuat gossip.

Pilihan ditangan anda. Tidak ada yang mustahil untuk menjadi blogger yang popular.

Nota: Saya juga mempunyai blog yang tidak popular di IyasIlias.com. Tetapi tujuannya adalah supaya saya dikenali ramai agar mudah saya berurusan di dalam perniagaan internet. Tidak seperti saya, sekiranya anda mahu menjana wang melalui blog, anda wajib memilih pendekatan popular.

Blog yang cantik, menarik , tertarik dan KEBABOOM!


Sering kali ramai yang bertanyakan saya macam mana nak dapatkan blog yang cantik dan menarik? Mudah sahaja! Berikut antara beberapa tips untuk men”da bomb”kan blog anda:

1. Template yang sesuai dengan content. Kalau niche blog anda adalah mengenai kucing, pastikan template anda ada unsur-unsur ke”kucing”an. Mungkin anda boleh letakkan 1-2 ekor gambar kucing yang gebu-gebu sebagai header di blog anda.

2. Font serta saiz yang sesuai dan mudah untuk dibaca mengikut kesesuaian content anda. Jangan terlalu kecil atau besar, biarlah sedap mata membaca. Kebiasaannya, saiz 10-12. Juga, jangan selalu mengubah saiz font, ini akan membosankan pelawat anda.

4. Jangan letakkan terlalu banyak link dalam content. Nanti pelawat anda akan feedup untuk buka link yang terlalu banyak. Seeloknya letakkan aje 1 atau maksimum pun 2.

5. Jika ada modal sikit bolehlah upah designer untuk buat blog yang customize.

So…jika rakan-rakan lain ada idea lain untuk memastikan blog kita cantik dan menarik bolehlah kongsi bersama.

Kesilapan Biasa Yang Selalu Kita Buat Dalam Berblog


ps:cheh,promote lak buku nih .haha

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika mula-mula berblog dan kadang-kadang kesilapan ini masih saya sendiri lakukan. Maklumla newbie memang selalu buat salah. Jadi sama-sama kita berubah dan sentiasa tingkatkan kualiti berblog.

Antara kesilapan ketika saya bermula ketika buat blog.

1. Suka buat blog dengan theme yang susah untuk orang baca. Maksudnya design yang ntah apa-apa isi tak de. Artikel dengan kaler yang berwarna-warni kononnya macam cantik. Padahal HAMPEH.

2. Bila tahu buat blog ni leh dapat duit kemudian blog penuh dengan iklan, macam-macam iklan ada, iklan ubat gigi, kayu sugi,tuala wanita dan macam-macam lagi padahal orang datang blog kita bukan nak tgk iklan orang nak baca artikel kita. Jadi jika anda baru buat blog pastikan kualiti artikel dulu bukan iklan dulu. Sebab bila kita banyak iklan di blog dengan keadaan yang berserabut orang datang hanya sekali tidak lagi untuk kali kedua. Kita mahukan orang datang sekali kemudian datang lagi dan lagi. Bab kata orang, sekali pandang (datang)… terus jatuh cinta.

3. Tak pernah nak pikir atau set kan nak buat blog pasal apa. Orang buat blog aku nak buat blog, aku buat blog pasal mp3 skali cerita upin dan ipin tengah meletup campur skali blog mp3 dengan upin dan ipin. Ala bang, buat blog dengan blogger free je kan, apa salahnya buat satu lagi blog pasal upin ipin. Lain la kalau kita buat blog GENERAL tapi pandai-pandai la susun biar kemas.

4. Buat artikel tak menarik. Kalau setakat copy paste orang punye baik tak payah buat blog. Saya cakap copy paste yea, so kalau rasa ade artikel kat internet tu yang menarik tulis balik olah dengan gaya bahasa sendiri.

5. Tak Promote. Erm, sampai sudah la xboleh buat duit kalau buat artikel pahtu tak promote.

6. Tak pernah terpikir bahawa lagi banyak blog lagi banyak pelawat. Ini saya dapat dari ebook mat saleh. Untuk mendapatkan ramai pelanggan kita memerlukan banyak kedai. So, banyakkan blog tapi jangan la satu artikel je then bia camtu ni blog sampah namanya . Kemudian link kan satu sama lain kononnya link exchange padahal exchange dengan diri sendiri.

7. Pikir kalau nak promote blog mesti la promote kat internet. Kenapa tidak promote kat offline jugak. Contoh mudah yang saya buat, beri penanda buku percuma ke then pegi kedai surat khabar suh masukkan dalam surat khabar. Kalau buat 1000 , takkan tak dapat kot 100 pelawat ?? Kalau diorang buang penanda buku tu mungkin orang lain jumpe. Kurang-kurang dah dapat popularkan domain sendiri.

8. Tak pernah nak cari kelebihan diri. Maksudnya gunakan apa yang kita mahir dan buat tutorial berkenaan apa yang kita mahir tu kat blog kita. Jadi blog kita dah menjadi rujukan, orang akan datang lagi dan lagi untuk buat rujukan. Mane ada student yang baca buku rujukan sekali je, sama jugak dengan berblog. Contoh mudah saya ambil blog ni semua pasal blogspot dah ada kat situ. Nak buat apa pegi cari yang lain lagi. Last update dia pon tahun lepas tapi makin hari makin popular sebab semuanya dah ada.

9.Pegi CC jadikan blog korang homepage kat PC di CC tu kemudian tinggal, pegi CC lain plak. Ulang langkah yang sama sebanyak 50 CC….hahaha (Just kidding)

Dah panjang sangat ni, kita berjumpa lagi yea…

5 tips untuk menjadikan blog anda menarik!

Menulis blog kini menjadi satu “aktiviti” yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk perniagaan mahupun untuk peribadi. Satu perkara yang seringkali menjadi matlamat bagi seorang penulis blog, ialah, “memiliki bilangan pembaca seramai mungkin”. Beribu-ribu pembaca, bermakna beribu-ribu wang boleh dihasilkan.
Berikut adalah 5 tips untuk menghasilkan blog yang cemerlang :

1. Tentukan topik blog anda.

Pilihlah sesuatu topik yang khusus untuk blog anda, anda boleh memilih topik berdasarkan minat anda atau pun pekerjaan anda. Anda biasanya akan mempunyai ilmu yang banyak pada sesuatu yang anda minati ataupun pada sesuatu yang anda lakukan setiap hari.Ini akan memudahkan anda untuk menulis dan mengurangkan sindrom kehabisan idea.

2. Tulis blog anda seperti anda sedang berbual dengan rakan anda.

Blog sebenarnya adalah suatu bentuk komunikasi santai. Tulislah blog anda seperti anda menulis surat kepada rakan anda. Elakkan penggunaan ayat yang terlalu panjang, serta tulis ia seperti anda “bercakap”, jangan terlalu formal , walaupun ia blog perniagaan!.

3. Tentukan berapa kerap anda menulis.

Blog yang kerap di kemaskinikan, biasanya akan mendapat lebih ramai pembaca. Oleh itu, lebih kerap anda mengemaskinikan blog anda, maka ianya lebih bagus!. Buat sedikit jadual dan cuba ikutinya.

4. Bantu pembaca anda!

INternet adalah sebuah gedung maklumat yang luas, namun begitu, anda masih boleh mendapatkan pembaca yang setia di blog anda jika anda banyak memberikan maklumat yang berguna. Tapi awas, pastikan maklumat itu tidak terkeluar dari topik yang telah anda pilih untuk blog anda. Maksudnya, jika blog anda dalah mengenai kucing, jangan pula menulis post mengenai kereta. Ia akan mengecewakan pembaca-pembaca setia anda.

5. Anggap blog anda sebagai tempat perbincangan – galakkan pembaca anda memberikan komen.

Bagi seseorang pembaca yang baru sampai ke blog anda, kadang-kadang, nereka berasa agak malu untuk memberikan komen. Oleh itu, mungkin anda boleh memberikan mereka galakkan dengan bertanya soalan atau meminta pendapat mereka mengenai tulisan anda di penghujung post.

Selamat mencuba! :)


ps:kalau nak tengok blog yg bAek punye.jum terjah hanis zalikha

spm leaver !! jum kite serbu JOM MASUK U .

Tips kecantikan dan solekan


Sila jangan harapkan apa-apa sangat dari entri ini kerana menanyakan saya tips kecantikan adalah seperti meminta ketam ajar anda tuition catwalk. Gambar di atas ini pun nampak mulus sebab cameraphone yang membuat wajah tampak sesuai untuk iklan Safi Balqis :')

Atas sebab permintaan ramai, marilah saya kongsi tips 'grooming' yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Sebelum mula, saya sedikit terkilan bila ada yang meminta saya menyediakan entri 'tips bersolek' walhal, entri itu telah lama saya buat dahulu ketika menjadi model untuk Lancome. Maka tips solekan boleh didapati di entri How To Do Proper Make Up. Harap dapat membantu :)

WAJAH
Toner/penyegar merupakan bahan terpenting dalam satu 'skin regime'.

Toner/penyegar berfungsi untuk menutup liang roma anda. Sebelum skrub muka, harus menutup liang roma dahulu, untuk mendapatkan pengelupasan sel kulit mati yang optima.

Sebelum bersolek juga harus tutup liang roma dahulu untuk mengelakkan make up termasuk ke dalam liang roma dan menyebabkan ianya kekal di situ hingga bulan depan. Eh maksud saya, untuk mengelakkan liang roma tersumbat dan menambahkan jeragat.

SEBELUM PAKAI PELEMBAP JUGA HARUS PAKAI TONER KERANA PELEMBAP HANYA PATUT BERADA DI PERMUKAAN KULIT, TIDAK PATUT DISERAP OLEH KULIT.

Secara kronologinya begini:

1. Cuci muka dengan pencuci muka dan bilas.
2. Pakai toner/penyegar.
3. Skrub muka menggunakan facial skrub yang ada jojoba beads.
4. Cuci muka dengan air.
5. Pakai toner lagi.
6. Pakai mosturizer/pelembap.
7. Mula solekan!

Hanya dengan regime di atas barulah solekan anda stay di muka dengan jangka masa yang lebih panjang :)

Kening harus sentiasa dijaga rapi untuk menonjolkan mata, bentuk muka dan hidung anda.

Skrub muka 3 kali seminggu. Skrub yang wajar dipromosikan di sini ialah Syahirah: Gel Pengelupasan.

Tidur awal. Ini bukan sahaja merehatkan kulit, tetapi telah menambah ketinggian kepada saya dan ramai rakan tinggi saya. (Kecuali anda dah cecah umur tumbesaran sudah berhenti).

Lindungi wajah dari matahari. Paling penting, sebab jikalau kulit diabaikan dan terdedah kepada pancaran matahari, memang muka cepat kering seterusnya berkedut dan berbintik hitam. Cara lindungi: Pakai bedak asas ikut ton warna kulit anda. Sunscreen tipu jangan pakai.


BADAN
Beli 'body scrub' dan skrub kulit yang kusam. Yang orang paling selalu terlepas pandang ialah keperluan meng-skrub siku dan lutut!

Buat bicycle kick sebelum tidur untuk kaki cantik. Maaf tiada video demonstrasi ya.

Memakai kasut sepatu tinggi sebenarnya banyak membakar lemak kerana otot-otot yang terpaksa digunakan untuk menstabilkan badan.

Jangan cukur bulu ketiak kerana ia akan menggelapkan kulit di bahagian tersebut. Sebaiknya pergilah wax. Kesakitannya setimpal dengan keputusan akhir. Memang berbaloi (tagline Kamdar).

RAMBUT
Cuci selang sehari, bukan hari-hari, untuk mengelakkan rambut kering dan rambut senang gugur.

Jangan kedekut untuk lumur conditioner/perapi rambut setiap kali cucian. Lumur banyak-banyak tetapi elakkan bahagian akar rambut, kerana minyaknya boleh menyebabkan rambut cepat gugur.

Tabur bedak talkum di bantal sebelum tidur. Untuk rambut wangi dan tidak berminyak esok hari! Dilarang tabur di rambut selepas bangun dari tidur, sebab ia tidak ada masa untuk sebati, maka akan kelihatan seperti anda mahu berlakon tua dalam sketsa depan kelas, atau anda pengeluar terbesar kelemumur.

Jangan ikat rambut atau pakai tudung ketika rambut masih basah.

Untuk elak rambut nampak penyek, ikat tinggi sebelum sarungkan tudung. Lagi vogue nampak macam orang Arab :)

Lindungi rambut dari terik mentari.



Baiklah itu sahaja yang saya sempat compile di tengah-tengah busy schedule ku ini. Semoga berjumpa di lain hari. Ingat, yang paling penting, jaga pemakanan! Kalau taknak boikot McD sebab tak berapa relevan dengan Israel, boikot lah ia untuk kesihatan dan kecantikan anda! BUKAN MCD JE, MAGGI KFC SEMUA PUN. Amalkan pemakanan dan peminuman yang halal untuk cantik semulajadi ya. Untuk masakan rumah berkhasiat, cekidaud belog emak saya :) Sempat lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK