anak2 murid

Monday, May 17, 2010

memoir thing ke3

praise to Allah
i got an
interview to
IPGM

24th Mei 2010
ouh,i dont know what to say
syukur Alhamdulilah
1 step has completed
just 1 step
to pass the
interview

Ya Allah,
help me
i hope i will do the best
during interview
i hope the person
who interviewed me
is such a kind person
i hope
he will help me
to pass the interview
Amin.

I hope nex sem
i will study in IPGM
bye UItm.

Amin .

tips menghadapi temuduga

Beberapa kajian yang dijalankan telah menunjukkan salah satu punca utama kegagalan seseorang untuk mendapat pekerjaan adalah disebabkan kelemahan ketika menghadiri temuduga. Masalah itu bukan sahaja dihadapi mereka yang berpendidikan rendah dan menengah malah turut melibatkan golongan berpendidikan tinggi atau graduan. Beberapa sebab telah dikenalpasti menjadi punca mengapa masalah itu berlaku. Antaranya:

+ calon tidak mengadakan persediaan yang secukupnya utk menghadiri temuduga

+ kurang pendedahan dengan situasi seperti itu

+ kurang keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri

+ tidak memahami kod etika berpakaian ketika menghadiri temuduga

+ gagal menyiapkan diri untuk menjadi pendengar dan penjawab soalan yang baik

+ kurang tumpuan

+ terlalu berserah pada takdir

+ terlalu yakin sehingga merendahkan penemuduga

+ tidak mahu belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman

+ kurang memahami etika atau adab ketika menghadiri temuduga

+ tiada inisiatif sendiri untuk mengadakan latihantubi

+ dan sebagainya...


Jadi, bagi membantu mengatasi kelemahan² ini, kami mengumpul dan mengenalpasti punca² kelemahan tersebut serta memberikan beberapa tips atau panduan kpd anda semua bagaimana cara yang terbaik utk menghadiri temuduga. Di antara soalan² yg lazim ditanya adalah seperti berikut:


Soalan : Apakah yg perlu anda lakukan sebelum menghadiri sesuatu sesi temuduga ?


Jawapan :

+ Kenalpasti sebanyak mungkin berkenaan kehendak majikan

+ Selidik profail syarikat atau panel penemuduga

+ Buat persediaan berhubung dengan soalan² yg berkemungkinan ditanya berhubung dengan jawatan yang dipohon

+ Latih tubi soalan² tersebut dgn jawapan² yg tepat dan munasabah

+ Jgn berlatih menghafal segala soalan yang disediakan di dalam buku secara bulat²


Soalan : Apakah faktor penentu yang sering dititikberatkan oleh majikan, dan bagaimanakah ianya boleh disesuaikan dengan sesi temuduga ?


Jawapan :

+ Sikap positif terhadap pekerjaan

+ Cekap di dalam bidang pekerjaan yang dipilih

+ Kebolehan berkomunikasi secara tulisan dan percakapan

+ Kebolehan berhubung di pelbagai peringkat dan jawatan

+ Yakin

+ Kebolehan untuk berfikir secara kritikal dan mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul

+ Fleksibel

+ Mempunyai motivasi diri yang tinggi

+ Berkeupayaan untuk memimpin

+ Boleh bekerja secara berkumpulan


Soalan : Bagaimanakah kod pakaian anda ketika menghadiri sesi temuduga ?


Jawapan :

Banyak yang telah diperkatakan dengan "berpakaian untuk kejayaan". Antara yang tidak elok utk kedua pihak iaitu calon dan penal temuduga ialah:


+ Tindik telinga atau badan yang mudah dilihat

+ Tatoo atau menanda badan secara kekal dan mudah dilihat

+ Pemakaian pewangi secara berlebihan Yang tidak elok utk lelaki:

+ Pemakaian pakaian yang tidak padan meliputi warna pakaian, jenis pakaian dan jenis tali leher + Berambut panjang dan berekor

+ Mewarnakan rambut dengan warna² tertentu yang menyakitkan mata Yang tidak elok utk wanita:

+ Pemakaian pakaian spt lelaki

+ Pemakaian jel

+ Menyimpan kuku yang terlalu panjang

+ Pemakaian alat solek secara berlebihan


Soalan : Bagaimanakah cara bijak utk mempergunakan masa yang diberi kpd anda utk memperkenalkan diri dan seterusnya mewujudkan keserasian ?


Jawapan : Cuba secaya mungkin mencari topik² yang disukai oleh panel temuduga. Cuba perhatikan keadaan sekeliling bilik temuduga atau gaya panel penemuduga berketerampilan untuk mendapatkan sedikit panduan mengenai topik² yg disukai.


Soalan : Perlukah anda membawa sesalinan resume utk menghadiri temuduga ?


Jawapan : Perlu !! Berikan resume kepada panel penemuduga dan jika perlu, bawa salinan lebih sekiranya panel penemuduga gagal menemui salinan resume yang telah diberikan oleh anda terdahulu. Sekiranya anda mempunyai portfolio kerjaya yang menerangkan secara terperinci tentang tanggungjawab anda di dalam sesuatu pekerjaan terkini atau terdahulu, sila bawa dan berikan kepada panel penemuduga.


Soalan : Apakah perkara² lain yang penting dilakukan oleh calon semasa sedang menghadiri sesi temuduga ?


Jawapan :

+ Ekspresi muka - Senyuman

+ Ekspresi badan - Duduk dengan tegak


Soalan : Apakah perkara yang tidak baik dan tidak patut berhubung pergerakan badan yang boleh mengagalkan setiap sesi temuduga ?


Jawapan :

+ Jawapan secara bersahaja spt "a ah" dan sebagainya

+ Bercakap secara terlalu lembut

+ Memegang muka, mulut dan mengeliatkan kepala

+ Berpeluh secara berlebihan

+ Merokok

+ Mengunyah gula² getah

+ Menggoyangkan kaki

+ Bermain dengan pensil sambil mengaju-ajukan tangan

+ Bersiul

+ Menjegilkan mata

+ Membersihkan kuku

+ Menggunakan slang ketika menjawab soalan

+ Menggunakan nama panel penemuduga

+ Memegang dan bermain dengan barang² yang ada di meja panel penemuduga

+ Mengusik-usik rambut

+ Memotong percakapan panel penemuduga


Soalan : Apakah cara yang terbaik utk menunjukkan bahawa anda berkeinginan utk mendapatkan peluang pekerjaan yang ditawarkan ?


Jawapan : Senyuman yg ikhlas, tegas dan konsisten Soalan : Apakah cara yang terbaik utk menunjukkan bahawa anda yakin ketika menghadiri sesi temuduga ?


Jawapan : Suara yang terang, tegas dan mantap


Soalan : Apakah jenis² temuduga yang sering dilakukan ketika ini ?


Jawapan :

+ Temuduga berasaskan kelakuan

+ Temuduga berasaskan kepada isu

+ Temuduga berasaskan kumpulan

+ Temuduga berasaskan tekanan stress


Di bawah ini adalah beberapa tips dan panduan yang boleh digunakan ketika anda menghadiri sesi temuduga:

Apakah cara terbaik utk mempamerkan/menunjukkan keinginan anda terhadap jawatan yang dipohon semasa temuduga ?


Tip 1 : Mesra, sentiasa tersenyum Apakah cara terbaik mempamerkan keyakinan anda semasa ditemuduga ?


Tip 2 : Tegas, suara yang kuat Terangkan mengenai diri anda.


Tip 3 :

+Jangan ceritakan mengenai diri/kehidupan anda

+ Berikan ringkasan mengenai latarbelakang pendidikan, pengalaman di dalam pekerjaan yang lalu adalah sangat membantu dengan permohonan perkerjaan anda Apakah kekuatan/kelebihan anda /


Tip 4 : Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana ia boleh membantu di dalam pekerjaan yang anda pohon. Apakah kelemahan anda ?


Tip 5 : Pilihan utk menjawab soalan sebegini (jawapan yang negatif tetapi sebenarnya bagus/positif):

+ Saya kekadang kurang sabar, tetapi ia membuatkan saya bekerja dengan lebih baik

+ Bila saya memulakan sesuatu projek atau tugasan baru, kadangkala saya lupa makan tengahari

+ Disebabkan saya adalah seorang yang sukakan kesempurnaan, kadangkala ia sukar kerana saya rasakan orang lain tidak dapat memberikan yang terbaik sepertimana diri saya Berikan jawapan negatif yang tiada kesinambungan dan kaitan dengan pekerjaan anda itu

+ Saya bukan pengeja yang bagus, jadi saya selalu bawa kamus bersama saya

+ Yakinkan penemuduga bahawa tiada kelemahan yang tak boleh anda atasi sekiranya anda diberi jawatan tersebut

+ Beritahu juga, sekiranya terdapat kekurangan/kelemahan anda akan menanganinya dan belajar dari pengalaman itu Mengapa syarikat ini perlu mengambil anda bekerja ?


Tip 6 : Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kualiti-kualiti kerja yang lain yang boleh anda lakukan


Sumber : Panduan & Tips Menghadiri Temuduga oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK