anak2 murid

Friday, September 17, 2010

PEMBUNUHAN KEJAM DATUK SOSILAWATI LAWIYA

marilah kita beramai2 sedekahkan AL-FATIHAH kepada
Datuk Sosilawati serta 3 individu lain yang
menjadi mangsa pembunuhan kejam
di Banting ..

AL-FATIHAH ...

MARI RAMAI MASUK UITM

JUM RAMAI2 ISI BORANG KEMASUKAN KE UITM
SESI DISEMBER 2010

Click Here

klik jeh


tarikh tutup

19 september 2010

UITM .
USAHA TAQWA MULIA


Waheeda kini berpurdah

Tahniah kepada Waheeda kini sudah berpurdah. Waheeda mula berpurdah setahun yang lepas. Waheeda yang jarang ditemui setelah bersara daripada dunia nyanyian memakai purdah. Walaupun berpurdah, ia tidak menghalang Waheeda untuk mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa kerana dirinya dan fesyen tidak dapat lari sejak dahulu lagi.

Akhirnya Memey Sah Jadi Tunang Norman Hakim

KOTA TINGGI, 14 SEPTEMBER 2010: Kes mahkamah yang masih belum selesai sama sekali tidak menghalang pasangan Suhaiza Suhaimi atau Memey, 22 dan Mohd Nor Hakim Zaidon atau Norman Hakim, 34, mengikat tali pertunangan.

Malah, majlis pertunangan yang diadakan pada jam 5 petang tadi di kediaman Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 turut membuktikan pasangan ini tidak mengendahkan padangan orang ramai yang mahukan mereka terus berkahwin tanpa bertunang.

"Pada mulanya, kami bercadang untuk mengadakan majlis merisik saja. Namun, selepas fikir masak-masak, kami sepakat untuk bertunang pada hari ini. Semua ini keputusan last minute. Saya pun buat persiapan sehari sebelum menyambut raya Aidilfitri. Terus-terang saya katakan, saya tak ada sentuh langsung gubahan pengantin hari ini. Saya cuma beli barang saja. Famili saya yang tolong uruskan," ujar Memey.

Meneruskan penjelasan, Memey menyatakan keputusan untuk bertunang ini dibuat semasa menyambut Ramadan.

"Masa minggu pertama menyambut puasa, abang Norman ada datang berbuka di rumah saya. Waktu itu, dia ada memberikan bayangan untuk bertunang. Kemudian, 2 minggu akhir puasa, saya pula datang berpuasa di kampung abang Norman di Kuantan, Pahang. Ketika di sinilah, kami rasa lebih baik kami bertunang. Selepas itu, barulah kami teruskan persiapan, " kata Memey.

Menyokong kata-kata tunangnya itu, Norman yang hadir selepas tamat majlis tunang berkata sememangnya dia terkejut dengan sokongan keluarga yang sangat merestui perhubungan mereka.

"Ya. Kami memang merancangan nak merisik saja. Namun, saya sebenarnya nak buat majlis merisik dan bertunang sekali. Kalau ikut perancangan saya, kami nak bertunang pada bulan puasa. Namun, bila difikirkan semula, keadaan keluarga yang tidak boleh nak bertandang pada bulan puasa, hajat saya untuk bertunang dengan Memey dibuat pada hari ini.

"Sesungguh, saya masih lagi tak tahu nak ikat berapa lama ikatan pertunangan ini. Kalau boleh saya nak buat majlis kahwin dengan secepat mungkin. Setakat ini pun, berapa wang hantaran untuk Memey masih belum terfikir dan terbayang lagi.

"Tarikh muktamad belum ada. Kami kena tunggu kata sepakat dari kedua-dua belah pihak. Saya kalau boleh nak ikut semua step by step. Saya nak ambil langkah yang tersusun. Kalau boleh saya nak buat seringkas yang mungkin dan bersederhana. Tak mahu bidan terjun," jelas Norman.

Majlis pertunangan ini termeterai dengan ibu Norman iaitu Kamariah Kamal , 68 yang telah menyarungkan sebentuk cincin emas putih bertatahkan berlian ke jari manis Memey. Pihak sebelah keluarga Norman telah memberikan 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran dari keluarga Memey.

Nash Sedih,Terharu Sosilawati Sudah Tiada


KUALA LUMPUR, 14 SEPT 2010: Sedih bercampur terharu. Itulah perasaan vokalis kumpulan Lefthanded, Nash atau nama sebenarnya, Jamaludin Elias, 47, sebaik saja mendapat tahu kematian bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 yang juga pengasas serta pemilik empayar produk kecantikan Novelle Visages.

"Berita ini sungguh mengejutkan. Malah saya sendiri terharu dan begitu sedih dengan apa yang telah berlaku.

"Ketika ini hanya doa saja yang dapat mengiringinya termasuklah tiga mangsa yang lain yang turut ditimpa musibah yang sama.

"Semoga mereka dilindungi Allah," katanya.

Penyanyi lagu Ku Di Halaman Rindu ini juga berharap supaya kesemua enam anak Sosilawati itu akan tabah dan kuat menghadapi kenyataan bahawa ibu mereka sudah pun kembali ke rahmatullah.


Dia juga akan cuba menghubungi salah seorang anak Sosilawati bagi memberikan kata semangat dan berharap merela tabah berhadapan dengan dugaan ini.

"Saya berharap roh arwah akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kepada anak-anak, saya ucapkan takziah yang amat sangat," katanya.

Ditanya bagaimana dia mengetahui berita tersebut, Nash berkata, dia sentiasa mengikuti perkembangan tentang berita kehilangan Sosilawati sehingga membawa kepada penemuannya menerusi media massa.


Dalam sidang media yang diadakan pada Ahad yang lalu, pihak polis percaya Sosilawati telah dibunuh dengan kejamnya bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, serta peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Pihak polis juga telah menahan lapan suspek yang mempunyai hubung kait dengan kes kehilangan jutawan kosmetik tersebut sejak 12 hari yang lalu.

Hasil siasatan, polis telah memberkas seorang peguam berstatus Datuk berusia 41 tahun yang disyaki menjalni dalam utama merancang kes penculikan dan pembunuhan kejam Sosilawati dan 3 lagi mangsa.

Turut saja diberkas adalah adik peguam berstatus Datuk yang berusia 38 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Sri Bakri Zin berkata:
"Polis mengesan lokasi mangsa dipercayai dibunuh berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini, selepas menahan adik-beradik terbabit bersama 6 lagi suspek.

"5 suspek awal diberkas Jumaat lalu sebelum peguam berstatus Datuk dan adiknya diberkas pada Sabtu lalu. Polis turut menahan seorang remaja berusia 19 tahun yang turut dikaitkan dengan pembunuhan berkenaan," katanya.

Menurutnya, semua suspek berusia 19 hingga 45 tahun berkenaan dikenal pasti bekerja dengan Datuk berkenaan termasuk ada di antara mereka bekerka di ladang tempat mangsa dibunuh.

"Polis setakat ini tidak menolak kemungkinan mangsa di bawa ke ladang sebelum dibunuh dengan kejam. Ada kemungkinan mangsa di pukul sehingga mati menggunakan senjata sebelum sengaja dibakar hingga menjadi debu," katanya pada sidang media di Daerah Banting, pada Ahad lalu.

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 53

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 53
kepada seluruh rakyat MALAYSIA

1 MALAYSIA : MENJANA TRANSFORMASI

tempat : STADIUM PUTRA BUKIT JALIL

kami warga INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
amat berbangga kerana telah menyumbangkan bakti untuk negara
MALAYSIA ..

sebanyak 7 buah IPGM seluruh Malaysia telah bersama-sama menjayakan sambutan HARI KEMERDEKAAN KE 53 di Stadium Putra Bukit Jalil .

INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR
INSTITUT PERGURUAN RAJA PEREMPUAN MELAYU MELAKA
INSTITUT PERGURUAN BAHASA MELAYU
INSTITUT PERGURUAN ISLAM SELANGOR
INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS
INSTITUT PERGURUAN BAHASA ANTARABANGSA
INSTITUT PERGURUAN TEKNIK

kami telah berkampung di Presint 15,Putrajaya selama 10 hari
bermula 21 Julai hingga 31 Ogos .
ps : lama gile kot .haha

conclusion nye semua BEST wehh .
suke suki sangat ..

ps : sori semua picture kat sana xd la . bz sangat angkat bendera utk HUMAN GRAFIC . HAHA

tapi kalau nak tengok .
klik je ..

SELAMAT HARI RAYA eps 2

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN eps 2

hari : KHAMIS
raya ke 7 mehh .
tempat : rumah aziera
sesiapa yg terlibat : kanak2 ribena . haha

ella : IPIS
yati : F6 ( Goodluck trial STPM mek )
elly : IPRM

pika : UNIMAP
hati2 balik ke perlis k .

kawan2 elly sejak kecik lagi . haha

sungguh GEMBIRA

sangat sukee sukiii .

THANKS kepada cek AZIERA ROSLAN sebab anda jemput kami2 makan besar di rumah anda . sangat sedap . heeee ~~ next year sila jemput kami lagi k . hahaha

kepada cek aziera lagi . selamat balik ke UMP k .
take care my lalink . <3>
wink wink wink ..

elly . da balik rumah . sila siapkan assignment anda yg melambak tu k . hahaha

SELAMAT HARI RAYA eps 1

firstly,elly nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua2 yang mengenali elly yang kecik molek ni .
jemput datang beraya di rumah elly k.
nah alamat ..

KG MELAYU BKT MASJID
73400 GEMAS,NS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
SIKAMAT,NS

raya tahun ni elly beraya kat KG KULIM,KEDAH lahh.
conclusion : best raya kt utaara tuh .heee~

dah2,elly malas nk tulis lg .sbb nak wt assgment pasni .
k2,jum kite tengok gambar yg elly amek k .

SELAMAT HARI RAYA lagi sekali..

my sister lah .

my sepupu

jum solat raya

jeng jeng jeng ..
thats my ADEK

me and my kakak

okeh . thats all from elly. thanks sbb sudi tengok post elly
tittle nye SELAMAT HARI RAYA eps 1 .
ade eps 2 lah .
tunggu ..

ps : elly nak wat assignment lah lepas nih . Ahad da nak balik maktab dah. heee~ doakan elly dapat siapkan semua assignment sblm submit date k .hehee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK