anak2 murid

Thursday, February 10, 2011

Antara sekolah,mata pelajaran dan guru kelas . . .

capub muka sekejap sebelum baca entri baru
Ini lah sekolah baru kita semua. Nama sekolah elly nazari dot dot dot . . . Cantik kan sekolah nih.Halaman sekolah telah di kemas kini dengan lanskap yang bertemakan sekolah cemerlang. hehe. Marilah ramai2 belajar kat sekolah ini.jangan risau,sekolah ini telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pencapaian sekolah ini sangat memberangsangkan sejak bulan 11 tahun lepas. Pelajar yang mendaftar belajar di sekolah ini adalah seramai 484 orang. Pelajar ke 500 akan mendapat hadiah penghargaan dari pihak sekolah kerana ingin menghargai mereka yang sudi belajar di sekolah ini.
Pengetua sekolah ini ialah seorang gadis yang muda gitu.ehem2.nak tahu x sape dia? Beliau lah  yang menubuhkan sekolah ini. Elly Nazari nama diberi.xkenal ke beliau ni,jom2 add beliau di facebook elle.yayah@yahoo.com. Beliau juga merangkap guru BM yang mengajar kanak-kanak PPISMP SEMESTER 2 di sekolah ini. Garang tau beliau nih. Jangan main-main dengan cikgu. Haha .
Walaupun ini sekolah,tapi lagu rasmi sekolah akan sentiasa dimainkan walaupun ketika anda sedang belajar dan datang ke sekolah ini. Ini pasti tidak akan menggangu anda belajar kerana lagu sekolah ini tidak akan melalaikan anda kan. Ada sesetengah sekolah yang tidak suka mainkan lagu sekolah tapi sekolah berbeza lah. Tapi kepada student yang tidak sukakan lagu sekolah ini,jangan lah berpindah ke sekolah lain. Teruskanlah support sekolah ini tau . terima kasih
Sukatan pelajaran sekolah ini mungkin ada persamaan dengan sekolah lain. Tapi kami pasti anda akan suka dengan pembelajaran di sini dan anda akan dapat mempelajari sesuatu yang baru. Sekolah ini tidak lah segah sekolah Hanis Zalikha, Irini Nadia , Cik Epal tapi pengetua pasti suatu hari nanti sekolah ini akan terkenal seperti sekolah Hanis Zalikha ( Kolej Tuanku Kursiah ) , Irine Nadia ( SDAR ) , Cik Epal ( Sekolah Tun Fatimah ) .  Insyallah . :D Beliau juga berharap agar ramai pelajar yang akan hadir ke sekolah pada hari ini .
Terima kasih sekali lagi pengetua ingin ucapkan kepada pelajar-pelajar lama dan pelajar-pelajar baru yang belajar di sekolah ini

PETUNJUK
Sekolah : blog
Kementerian Pelajaran Malaysia : nuffnang
Lanskap : background
Pelajar yang mendaftar : followers
Pengetua a.k.a guru kelas : tuan tanah
Lagu rasmi : lagu blog
Sukatan pelajaran : cerita
Pelajar yang hadir ke sekolah : online now

dapat selitkan mata shj 


3 comments:

LiErOSe~QiEmi said...

baik cikgu.. eh pengetua kita panggil cikgu ker??? lupe dah lama dah tinggal sekolah ni hihi

elleyayah . said...

hehe.same2 anak murid ;D

Chapit Zulkefli said...

wowwwww! lawa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK