anak2 murid

Sunday, April 17, 2011

baru ada kerajinan nak update cerita baru :)

muka riang dapat naek upih
muka macam ayam berak kapur je tuh. hehe

salam semua . apa kabar anda? of course sihat kan. ceh2.
lame tol aku x update cerita baru nih. mesti korang rindu kan. ahak2.

sila abaikan picture2 kat atas yang terlebih riang tuh. haha. biasalah budak2 first time naek upih. hehe. terima kasih kat cek aizat sebab sudi tarik aku even aku sedar aku dah gemuk. haha. tapi, do i care ;p.

program keluarga angkat di Kg Lonek best gilak lah.
aku kasi 5/5 stars. hehe
( saje je ampu lebih ) 
tapi biasa lah balik je,muka burn tau. terpaksa lah tenyeh muka dengan clorok pembersih muka GARNIER biar kasi putih sikit muka nih. haha
hasilnya : muka x putih pun ,tapi jerawat bermaustatin lah plak. adooii

tenyeh : kasi gosok lah
_____________________________

Dilarang Masuk 

zarina pandang ape tu?
korang dah tengok ke belum filem Dilarang Masuk yang sekarang nih tengah panas kat wayang2 sekitar Malaysia. aku pun xtengok lagi sebab tunggu kat youtube lah. hehe

jom layan sinopsis dulu 

 Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol – yang masih penuh dengan peluru hidup.Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh – kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma – seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu. Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia – rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ?


amacam anda berani x masuk ? hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK