anak2 murid

Monday, August 22, 2011

RAMADHAN tinggal 8 hari lagi :)



pejam celik . pejam celik .
x sangka kan Ramadhan hanya tinggal 8 hari lagi yeh . 
insyallah 30 Ogos umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri.

10 malam terakhir nih kita dapat tengok lah kan. masjid kian lenggang, saf tarawih dah tinggal 2 3 baris jeh . lagi sedih orang yang bertarawih cuma tinggal 2 3 orang jeh . mana perginya umat Islam yang lain? 

* bertarawih di Mid Valley ek? hehe

diharapkan agar semangat puasa di awal Ramadhan berkekalan sehinggalah akhir Ramadhan.
amin :)

antara  amalan 10 malam terakhir Ramadhan

  • Menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah.
  • Digalakkan juga supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
  • Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena.
  • Bagi suami isteri pula 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
  • Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
Dengan demikian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dan mempertingkatkan amal ibadah mudah-mudahan kita dipermudahkan oleh Allah SWT untuk melakukan amalan-amalan khususnya 10 malam terakhir ramadhan ini agar kita menjadi hamba Allah SWT yang bertuah di dunia dan di akhirat.




4 comments:

ainondreamergirl♥ said...

selamat hari raya :)

elleyayah . said...

yehaa :) salam aidilfitri too

Ihsan Arifin said...

tudiaaa tarawih kat mid~

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK