anak2 murid

Monday, April 18, 2011

bertudung atau berfesyen

muslimah sejati



sekadar renungan muslimah sejati sekelian


Bertudung atau berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.
Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.
Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.
Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.
Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.
Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.
Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.
Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.
Malah labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.
Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.
Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.
Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik dada.
Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.
Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.
Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.
Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.
Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.
Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.
Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.
Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.
Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.
Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.
Sekian, wassalam.
renung2kan dan selamat beramal
____________________________________________

reza salleh ? sape mamat ni ? korang kenal ke ?


nih lah mamat yang aku cakap tuh. reza salleh . sape dia nih . sepupu korang ke ha? 

aku pun xbape nak kenal lah sape dia nih. artis baru kot. ntah lah. mesti korang pun tertanya2 kan sape lah jejaka hensem nih. dont worry . aku akan bagitau korang sape lelaki ini.

jom klik sini



korang suka snickers x?


korang suka snickers x ? sedapnye . nih telah membuatkan air liur aku meleleh laju nih. weh, cakap ape tuh ha ! haha

kat sini aku bukan nya wat perniagaan jual snickers lah. aku nak promote game baek punya yang ditaja oleh coklat sedap snickers lah.


nak tau game ape . jom klik sini
selamat bermain sambil makan snickers tau <3


snickers 

semua baru

cari mana aku? khusyuk mendengar ceramah

ceramah Adat Perpatih : Datuk Paduka Professor Madya Dr Mohd Rosli Saludin

pensyarah UPSI

( 5 pangkat tuh ) wahhh

perhatian2 . semua dalam blog nih serba baru kan. korang mesti perasan kan yang header blog nih ada pic baru gitu . ps ; itu DP fb aku gak lah. haha. 

korang suka x lagu ni? aku suke tau. satu ketika dahulu pernah menjadi ringtone handphone sony ericson aku lah. haha .tapi sekarang nih dah tukar lagu tonight . nak dengar lagu tonight klik sini



si hitam manis rihanna

rihanna - who's that chick

bagi yang 1st time dengar lagu dia . jom2 kita layan lagu nih kat youtube lak.


bagi yang dah biasa dengar lagu nih. bape rating korang?

aku of course lah 5/5 stars.

bila gatal tangan xde keje

kelas BM1 
hari : Isnin 17 April 2011

peneraju utama : elly, fifaa, siena , mas ayu

muke sume berminyak .haha









wanted
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK