anak2 murid

Wednesday, May 11, 2011

good luck final examination kawan-kawan :)


19 mei , 24 mei , 25 mei , 26 mei

FINAL EXAMINATION

BM1 , PSV1 , PJ1 , BM2

kawan-kawan semua. doakan kita semua dapat buat yang terbaik dalam final examination semester ini ok 

batch PPISMP JUN 2010 dari semua IPG seluruh Malaysia


_________________________________________


ni aku nak kasi sedikit lah petua yang kadang-kadang aku amalkan time jawab exam 



Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis dan genggam alat tulis tersebut (dalam keadaan berwuduk), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
  1. Al-Fatihah 7 kali
  2. Selawat 7 kali
  3. Subhanallah 44 kali
  4. Alhamdulillah 44 kali
  5. Allah hu Akbar 44 kali
  6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
  7. Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah kami di dalam urusan kami dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati kami untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa kami untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah kami dengan rahmat-Mu. Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan  minum air tersebut. Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu  yang bakal menduduki peperiksaan.
akhir sekali aku nak ucap GOOD LUCK tau anda semua :)
_________________________________________
saje je aku wat entri kali ni panjang menjela . muatkan semua isi dalam 1 entri . hahaha . kali ni aku nak kongsi himpunan doa yang boleh kita amalkan untuk menjawab peperiksaan dengan mudah

Himpunan Doa ketika Peperiksaan

 

Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan

Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”
Doa Pengharapan :

Allahumma ya Allah..aku pohon keampunan Mu ya Allah.


Ya Allah !Aku adalah hamba Mu dan anak dari hambaMu. Ubun-ubunku berada diatas tangan Mu. Janganlah Kau tinggalkan aku dalam keadaan berhajat melainkan kau tunaikan hajatku, janganlah kau tinggalkan aku dalam keadaan bermohon melainkan Kau penuhilah permohonan ku.

Ya Allah! Aku bermohon kepada Mu. Jika dengan kejayaan didalam peperiksaan ini membuatkan aku lebih beristiqamah dalam menyampaikan agamamu,maka izinkanlah kejayaan tersebut. Jika sebaliknya,aku pulangkan segala – galanya didalam pengetahuanmu.

Ya Allah, Ya Tuhanku....Sesungguhnya engkau mengetahui setiap perkara yang berlaku dan Engkaulah yang berkuasa atas perkara tersebut...Amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK