anak2 murid

Saturday, June 23, 2012

Brownies chocolate walnut simple , mudah , senang

Salam peeps.

lama nya saya x update blog ni kan . entry yang pertama bagi tahun 2012 ialah saya nak kongsi resepi brownies chocolate walnut yang saya buat time cuti semester lepas.

any comments ?

korang nak try x ? nih first try saya dan Alhamdulillah berjaya dan sedap tau. jom terjah apa bahan-bahannya dan cara membuatnya.

Bahan-bahan ( 20x20 cm )

  • 70g butter
  • 130g gula halus
  • 2 biji telur
  • 100g tepung gandum
  • 20g serbuk koko
  • 55g walnuts- potong kecil-kecil
  • 1 bar coklat

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
  2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
  3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
  4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
  5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
  6. Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven dan rata-ratakan.
  7. Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.

sumber  : http://www.myresipi.com/top/detail/1603

PS : Good luck tau . kalau dah berjaya, jangan lupa sharing2 picture 

3 comments:

ahsfantasy24 said...

wah.. best !
tak pos ke sini pun ea T_T

elleyayah . said...

akak try lah wat tau :)memang sedap

snf said...

selamat hari raya elly:-) amboi cedapp brownies die ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2012 Reserved to Ellyayah
Design by Kay SBK